ISLAMIC STUDIES
MPW
1143
MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE KOTA KINABALU, SABAH
FAKTOR
DAN KESAN GEJALA MURTAD DI MALAYSIA
Mutakhir ini gejala
murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat
ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama, walaupun tidak dinafikan kerat
daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi terlalu nipis
untuk menjadi benteng serangan murtad.
Firman Allah :
وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن
دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ ڪَافِرٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِى
ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا
خَـٰلِدُونَ
Maksudnya : dan sesiapa di antara
kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati
sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka,
mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya). (Surah al-Baqarah: 217)
1.2
PENGERTIAN
GEJALA MURTAD
Dari segi bahasa murtad
bermaksud kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya.
Murtad juga disebut dengan perkataan IRTIDAD atau RIDDAH.
Dari segi syarak pula
bermaksud memutuskan islam atau kembali kepada islam daripada kufur selepas
menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan
akidah.
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah orang yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ Al-Baqarah, 2:217].
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah orang yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ Al-Baqarah, 2:217].
Juga
diriwayatkan oleh Daruqutni dan Baihaqi dari Jabir,
“Bahawa Ummu Marwan telah murtad. Rasulullah SAW memerintahkan untuk menasihatinya agar ia kembali kepada Islam. Jika ia bertaubat (maka dibiarkan) jika tidak, maka ia dibunuh”.
Adapun
bagi kanak-kanak atau orang gila yang murtad, maka tidak sah hukuman bunuh ke
atasnya. Ini kerana keduanya bukanlah mukallaf dan mereka tidak dikenakan had
murtad. Rasulullah SAW bersabda,
“Diangkat pena dari tiga orang (iaitu) anak kecil hingga baligh, orang yang tidur sampai bangun dan orang yang gila sampai sembuh”.
Pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Demikian pula yang dilakukan oleh Umar. Dari Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Qariy berkata,
“Seorang lelaki dari sisi Abu Musa mengadap kepada Umar al-Khattab. Umar bertanya kepada lelaki itu, ‘Apakah ada khabar dari (daerah yang) jauh?’Lelaki itu menjawab, ‘Ada, yakni seorang lelaki telah kafir setelah beragama Islam’. Umar berkata, ‘Apa yang engkau lakukan?’Dia ku dekati lalu aku membunuhnya.’Umar berkata, ‘Mengapa engkau tidak penjarakan di rumahnya sahaja selama tiga hari, kemudian engkau beri makan roti setiap harinya dan engkau anjurkan agar bertaubat, barangkali ia (akan) bertaubat dan kembali kepada agama Allah?’‘Ya Allah sungguh aku tidak setuju tindakan ini dan aku tidak redha kerana ia menyampaikannya kepadaku.”
2.0
KESAN
GEJALA MURTAD
2.1
Ditegah
sepenuhnya dari menggunakan hartanya.
Sehubungan dengan itu,
harta tersebut diletakkan dibawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk
memenuhi keperluannya yang daruri. Sekiranya
dia kembali kepada islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lagi dan
dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya bertaubat, harta tersebut bukan miliknya
sejak permulaan murtad.
2.2
Terputus
warisan diantara kaum kerabatnya.
Sekiranya mati salah
seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat
mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW “tidak mewarisi org
muslim akan orang kafir dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim”.
2.3
Terpisah
dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung.
Sekiranya orang murtad
itu kembali kepada islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula
dengan isterinya tanpa akad nikah yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya selepas
itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah dengan akad dan mahar
yang baru.
2.4
Hukuman Mati Dikenakan Jika Tidak
Bertaubat.
Seseorang yang murtad apabila
sabit kesalahannya boleh dikenakan hukuman mati, jika tidak mahu bertaubat
daripada kesalahannya itu sebagaimana yang dijelaskan hadis Rasulullah s.a.w :
“sesiapa yang menukar agama, maka bunuhlah dia”. Ini merupakan hukuman asal dan
asas kepada jenayah ini. Hukuman ini telah ditentukan oleh syarak tidak kira
sama ada orang yang murtad itu lelaki ataupun perempuan. Hukuman ini tidak termasuk kanak-kanak, orang
gila ataupun orang yang dipaksa murtad. Jika hukuman ini digugurkan dengan
sebab-sebab tertentu, orang yang disabit
kesalahan murtatnya itu boleh
dikenakan hukuman takzir seperti sebat, penjara, cercaan dan sebagainya ( Ann
Wan Seng. 2009 : 92 ).
3.0
FAKTOR GEJALA MURTAD
3.1
Jauh dari ajaran Islam yang sebenar
Umat Islam sendiri
merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai sumber hidup
manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman. Terdapat
sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar, bahkan tidak dapat membezakan antara sistem
yang ada dalam Islam dan yang datang dari Barat sehingga mencampuradukkan
kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan kerosakan pada akidah umat Islam
tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara kesahihan ajaran yang ada
dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang digunapakai oleh golongan bukan
Islam.
Umat Islam yang
bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan syiar adalah
menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang diamalkan dalam
suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia.
Maka, berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang
merosakkan Islam. Sungguh benar apa yang
dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
satu hadis yang bermaksud: Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang
(di mata manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang.
3.2 Kejahilan umat Islam tentang keunggulan peraturan yang terkandung dalam agama Islam
Umat Islam tidak
menyedari bahawa Islam diturunkan untuk menghapuskan penyembahan manusia
terhadap manusia dalam segala bentuk manifestasinya, juga untuk mengesahkan
penyembahan mereka hanyalah kepada Allah SWT. Sistem hidup yang lahir daripada agama Islam
bukanlah sistem yang bersifat sejarah iaitu satu sistem yang terbatas pada satu
period tertentu, ia juga bukanlah sistem yang bersifat kedaerahan yang hanya
digunakan oleh sekumpulan generasi manusia tertentu, juga bukanlah sistem yang
bersifat kaku danyang dipraktikkan dalam satu suasana atau keadaan tertentu,
malahan ia merupakan satu sistem yang teguh dan utuh, diredhai Allah s.w.t.
untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan
masa. Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan
kehidupan manusia di dunia agar berlegar di sekitar paksi yang diredhai Allah. Sistem ini juga bertujuan untuk mengekalkan
kehidupan agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi, yang dianjurkan
oleh Allah s.w.t.
3.3
Lahir idealisme Barat yang menyesatkan dalam pemikiran umat Islam seumpama
Sekularisme dan Orientalis
Faham sekular dari
sudut politiknya telah mula dilaksanakan di Turki selepas penghapusan sistem
Khilafah Islamiah Othmaniah pada tahun 1924. Fahaman ini seterusnya manjadi
kaedah politik yang diamalkan di tanah air umat Islam. Doktrin ini jika difaham dari pentakrifannya
iaitu satu doktrin yang menolak atau memisahkan agama, ciri-ciri keagamaan
daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti pentadbiran
awam dan lain-lain serta menganggap perkara keagamaan adalah satu tugas yang
dilaksanakan oleh manusia untuk Tuhannya sahaja. Maka setiap manusia yang berpegang dengan
doktrin ini yang menyokong dan mempertahankan keabsahan amalan yang tidak
berkait dengan agama dipanggil manusia sekular.
Dengan ini, dapat kita lihat bahawa bahaya fahaman ini adalah merosak seterusnya menanggalkan aqidah umat Islam. Mereka yang menganut doktrin ini, secara automatik tidak mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT yang Maha Pentadbir dan Penguasa seluruh alam.
Sementara fahaman nasionalisme adalah doktrin yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, dengan meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan lain. Fahaman ini bertitik tolak dari andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Akibatnya, perkara akidah dan agama yang paling asas diabaikan demi mengejar tuntutan bangsa dan negara.
3.4 Penyebaran Media Massa Barat Yang Bertebaran
Kini bertebaran media masa Barat yang bertujuan merosakan Islam dengan membuat tohmahan yang maha dahsyat kepada ajaran yang murni ini. Antara majalah dan artikel yang tersebar di Barat dan juga dibeberapa buah negara umat Islam mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah pereka kepada cerita-cerita dongeng, manakala masyarakat Arab adalah golongan yang terlalu kuat seks. Oleh itu, ramai dikalangan mereka yang bertebaran diseluruh negara kerana ingin memuaskan nafsu syahwat mereka. Islam juga dikatakan agama yang menganjurkan keganasan memandangkan di dalam perintah supaya umat Islam berjihad memerangi orang-orang kafir, selain syariat yang terkandung dalam Al-Quran dilabelkan sebagai zalim kerana padanya terdapat hukuman bunuh seumpama merejam orang yang berzina bagi yang telah berkahwin juga membunuh orang yang keluar dari agama Islam (murtad).
Hal ini sebenarnya tidak lain hanyalah untuk meragukan-ragukan seterusnya memesong fikiran umat
Islam dari ajaran
mereka sendiri.
3.5
Dakyah daripada Bukan Islam di Negara Umat Islam
Terdapat kalangan bukan Islam yang bernaung di negara umat Islam bersikap dengki dan berniat jahat terhadap agama Islam dan penganutnya. Setelah itu, mereka mula merancang beberapa strategi jahat untuk memurtadkan umat Islam daripada semua lapisan, sehingga didapati ramai penganut Islam yang keluar dari ajaran mereka.
3.6
Kurang Pentarbiahan dan Pendidikan Berasaskan Agama
Di antara kekuatan umat Islam terdahulu adalah hasil dari asas didikan dalam perkara agama. Generasi sahabat Rasulullah SAW, tabi’en dan salafussoleh yang melalui pendidikan dan tarbiah keimanan yang mantap sanggup menggadaikan diri mereka demi Islam. Kisah sahabat Nabi SAW yang bernama Khabbab ibnu Al-Arat, yang disiksa sehingga luruh daging-daging dari tubuhnya, Bilal bin Rabah yang dijemur ditengah panas terik dengan diletakan batu besar atas dadanya, kesemuanya adalah kerana mempertahankan aqidah dan ajaran Islam merupakan contoh tauladan dan ikutan untuk generasi sekarang dan akan datang.
Didikkan keimanan
sepertimana golongan terdahulu kini kelihatan telah hilang sedikit demi sedikit
dalam diri umat Islam. Akibatnya mereka
mula meringan-ringankan perkara agama. Maksiat
menjadi tabiat biasa untuk dilakukan disebabkan tidak adanya didikan dan
tarbiah yang cukup tentang Islam. Inilah
kekurangan juga kelemahan umat Islam yang menjadi punca hilang kekuatan pada
diri mereka.
4.0
LANGKAH
MENGURANGKAN GEJALA MURTAD
a)
Pendidikan asas agama
Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat
pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman mengenai asas-asas
agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari usia kecil
sehinggalah mereka dewasa.
b)
Program-program dakwah
kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan dipertingkatkan sejajar
dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam masakini. Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini
agar sentiasa releven dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik
golongan muda Islam yang amat terdedah kepada berbagai gejala negatif
termasuklah murtad.
c)
Golongan muallaf atau
saudara baru yang telah memeluk Islam perlulah diberikan perhatian sama ada
dari sudut moral mahupun material. YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau
Pinang dalam keputusannya berhubung kes Siti Fatimah Tan, sebelum mengumumkan
keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan
tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. Menurut beliau, MAIPP
sepatutnya perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam. Dan jika ini tidak dilakukan, beliau bimbang
akan wujud lebih banyak kes-kes seperti itu.
d)
Perlembagaan
Persekutuan, khususnya perkara 11(1) dan Jadual kesembilan Senarai Negeri dan
Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Mahkamah Syariah) 1965 adalah perlu dipinda.
Dalam konteks masakini, adalah disyorkan pendapat yang menyatakan kesalahan
murtad boleh dijatuhi hukuman ta’zir apabila gagal bertaubat perlu diberi
perhatian kerana jika berpegang dengan pendapat ijma ulama, sudah tentu hukuman
tersebut tidak dapat dijalankan.
e)
Kajian dan penyelidikan berkaitan dengan
gejala murtad dalam konteks di Malaysia perlulah dipergiatkan bagi mendapatkan
gambaran yang lebih mendalam dan mencari pendekatan yang sesuai untuk
membendung gejala ini.
5.0
KES-KES MURTAD
Terdapat beberapa kes yang berkaitan murtad di Malaysia antaranya;
a) Kes Natrah
Kes ini berlaku dalam
tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che Aminah sejak dari
kecil lagi.Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di Kemaman,
Terengganu sehingga berusia 13 tahun.Bapa Natrah telah membuat perancangan
sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya di
Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah
kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang
keras.Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah.Kerana takut
peristiwa ini berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan
Mansor Adabi.Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak
yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes tersebut,
mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak
meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa
yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian
?Bapanya lebih berhak ke atasnya.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British.
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British.
b)
Kes Azlina Jailani @ Lina Joy
Nama asalnya ialah
Azlina Jailani. Berwajah typical Malay,
berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya
dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.Beliau pernah memohon
untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak
disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada
Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian
telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam.
Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar,
keduanya beragama Islam dan mengamalkan carahidup sebagai Muslim.
Azlina mengisytiharkan
tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya
sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998, dan
pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India
Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan
perkahwinan beliau. Beliau telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh
Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang
pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada
kedua ibu bapa.
Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan dikemukakan di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, hinggalah Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi Pertubuhan bukan Kerajaan (NGOs) yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara, dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.
Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan dikemukakan di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, hinggalah Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi Pertubuhan bukan Kerajaan (NGOs) yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara, dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.
Hujah yang dibawa oleh
barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan
isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi
hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan
dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di
dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan
oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan
isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama
kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGOs
non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah
untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di
dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya.
Ini adalah kali pertamanya dalam sejarah Malaysia, dikatakan penghujahan yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
c)
Kes Siti Fatimah Abdul Karim
Siti Fatimah binti Ab
Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan
India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan
oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran
Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman
lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan
yang diperolehi daripada laman web, http://blog.limkitsiang.com dan Jerusalem
Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu
sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam
manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu.Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.
Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka.Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.
Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh Siti Fatimah Binti Ab Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka (Kes Mal Bil. 04200-043-
0005 Tahun 2006).Permohonan tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Tuan Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dengan kehadiran
pemohon dan wakil Majlis Agama Islam Melaka.
STATISTIK MURTAD DI MALAYSIA
Statistik menunjukkan pecahan yang murtad mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2010.
Tempoh 10 tahun yang membuat permohonan murtad dari agama Islam ialah berjumlah
686 permohonan yang dipohon dan permohonan yang diluluskan ialah 135.
Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).
Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu.
Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).
Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu.
Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan 36 dan 5 permohonan telah dipohon namun hanya 1 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM. Wilayah Persekutuan pula mencatatkan permohonan pertukaran agama sebanyak 17.86% atau 10 permohonan sahaja yang dibenarkan berbanding 56 yang dipohon pertukaran agama.
6.0
KESIMPULAN
Secara umumnya, gejala
murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang
amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah
sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa,
selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah.
Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar
konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah
memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor
dan beberapa negeri lain.
RUJUKAN