Tuesday 17 February 2015

yakin cintamu ku dapat-kangen band

Langkah kakiku semakin sesat
Saat dirimu hakimi hatiku
Namun ku coba selalu mengalah
Ku lakukan demi cinta

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dakap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahawa cintaku ini takkan mati

Aku menunggu dan terus berharap
Dan aku bertahan hingga datang gelap
Hingga suatu saat tubuhmu ku dakap
Yakin cintamu ku dapat

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan dan aku percaya
Suatu saat nanti kau akan mengerti
Bahawa cintaku ini takkan mati

Meski kau selalu menyakiti aku
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
Ku paksakan ooooo..ooooo..oowooo..
Bahawa cintaku ini takkan mati

Friday 23 January 2015

Gelak tergolek episod 1

23 August 2010
Kategori: Novel
:Gelak Tergolek 1, 2
Oleh : Wann Azlan
1
RAHMAN memberhentikan keretanya di bawah sebatang
pokok ru. Dia meninjau-ninjau sekeliling. Kemudian
matanya tertumpu ke sebuah pondok rehat, kira-kira
seratus meter dari keretanya. Di situlah tempat temu janji
yang dibuatnya dengan Maimun.
Rahman berjalan mendekati pondok rehat itu. Dari jauh dia
mendapati ada seseorang sedang duduk bersandar di salah
sebuah bangkunya. Rahman mengamatinya, memang betul
itulah buah hatinya, Maimun. Namun Maimun tidak sedar
akan kedatangannya walaupun dia kian menghampiri dari
arah hadapan.
Rupa-rupanya Maimun sedang tidur. Rahman menggeleng-
gelengkan kepala. Bahaya betul, getus hatinya. Kalaulah
ada peragut datang ke situ, senang-senang sahaja dia
dapat melarikan beg tangan Maimun yang diletakkan di
atas meja batu itu.
Rahman teragak-agak untuk mengejutkan Maimun. Dia
mahu menyentuh bahu buah hatinya itu, tetapi ditariknya
semula tangannya. Bimbang nanti dikata tidak sopan pula.
Termangu-mangu Rahman seketika mencari cara yang
paling sesuai.
Seekor langau tiba-tiba terbang dekat dengan muka
Maimun. Ia berlegar-legar di situ. Rahman cuba
menghalaunya dengan melibas-libaskan tangannya, namun
langau itu tidak beranjak jauh. Tiba-tiba langau itu
memasuki lubang hidung Maimun.
Serta-merta Maimun terbersin. Segumpal hingus
menerobos keluar dari hidungnya. Sebaik sahaja membuka
mata, dia terperanjat bila melihat Rahman berada di
hadapannya.
Rahman menjadi serba salah. Mungkin Maimun menyangka
dia yang menjolok hidungnya semasa dia tidur tadi. Harap-
harap Maimun tidak marah. Untuk memberitahunya perkara
yang sebenar, Rahman tidak sampai hati. Nanti Maimun
akan terasa malu pula. Itu pun kalaulah dia mahu percaya.
“Assalamualaikum. Maimun tertidur ya,” Rahman menegur
akhirnya.
Maimun tersipu-sipu malu. “Waalaikumussalam,” jawabnya
lalu tunduk.
“Hmmm, dah lama ke Abang Rahman sampai?” tanyanya
sambil menjeling Rahman seketika.
“Baru aje sampai. Maimun penat ke tunggu abang, sampai
tertidur?” tanya Rahman kembali.
“Tadi Maimun tiba awal sikit. Sambil-sambil tunggu abang,
Maimun duduk di sini. Entah macam mana boleh terlelap,”
balas Maimun dengan mengulum senyum.
“Maimun kata nak datang dengan kawan-kawan. Mana
mereka?” tanya Rahman.
“Mereka pergi jalan-jalan tepi pantai. Ha, itu pun mereka,”
kata Maimun sambil menunjukkan dua orang gadis yang
sedang berjalan di gigi air, kira-kira sepelaung dari mereka.
“Oh, itu kawan Maimun? Pukul berapa Maimun sampai
tadi?”
“Pukul dua.”
“La… kenapa awal sangat? Patutlah sampai tertidur, lama
sangat tunggu abang,” kata Rahman sedikit kesal.
Maimun diam membisu, namun mulutnya tersenyum
simpul.
“Itulah, janji nak jumpa pukul tiga, tapi pukul dua dah
datang. Kalau Maimun telefon abang pukul dua tadi,
bolehlah abang datang terus…. Taklah Maimun penat
tunggu,” ujar Rahman.
“Tak apalah, Maimun tak nak kacau abang. Tak kisahlah
Maimun datang awal sikit pun, asalkan tak terlewat,” balas
Maimun.
“Eh, nampaknya macam tak sabar nak jumpa abang aje,”
kata Rahman berseloroh.
“Ala… abang janganlah cakap macam tu, malulah
Maimun…” kata Maimun lalu berpaling ke arah lain.
Rahman tersenyum lebar. “Nak malu apanya. Dengan
abang tak payahlah malu-malu.”
Dengan tersipu-sipu Maimun berpaling semula ke arah
Rahman, namun dia tidak berani bertentang mata
dengannya. Terserlah raut wajah ayu Maimun yang
bertudung. Ditambah lagi sebiji tahi lalat sebagai penyeri di
bawah bibirnya.
“Maimun memang cantik. Tahi lalat tu buat rupa Maimun
makin manis,” puji Rahman mesra.
Maimun mendongak ke arah Rahman. “Errr… tahi lalat?
Maimun tak ada tahi lalat,” katanya sedikit hairan.
“Tahi lalat kat tepi bibir itulah. Cantik sungguh,” kata
Rahman sambil memuncungkan bibirnya ke arah dagu
Maimun.
“Mana?” tanya Maimun lalu menyapu mukanya dengan
tangan. Tahi lalat itu hilang, tetapi ada meninggalkan
palitan sisanya pada bibir Maimun.
“Eh, dah tanggal. Tahi lalat palsukah?” tanya Rahman lalu
dia menyoroti tangan Maimun. Maimun pun memeriksa
tangannya. Satu benda hitam melekit bercalit di tangannya.
“Tahi lalat?” katanya seraya menghidu benda hitam itu.
“Ini bukan tahi lalat. Ini macam…” Maimun menghidunya
sekali lagi.
“Ini macam… tahi cicak.”
“Tahi cicak?”
“Haah… tahi cicak. Eee… gelinya! Macam mana pulak boleh
ada kat sini, hu hu huuu…” kata Maimun lalu menangis.
Rahman faham. Maimun menangis bukan kerana sedih,
tetapi kerana malu! Rahman membantu Maimun mengelap
sisa tahi cicak di bibirnya dengan tisu. Wow! Romantiknya…
Maimun terus menangis teresak-esak. Tak disangka betul
dating yang pertamanya ini menempuhi pengalaman yang
tragis. Cicak manalah yang sungguh kurang ajar ini
membuat sabotaj datingnya. Ada ke patut buang najis ke
atas muka orang! Apalah salahnya jika menghalakannya
jauh sedikit ke lantai, kalaupun sudah tidak sempat sangat.
Maimun menahan geram di hati. Kalaulah dia dapat
tangkap cicak tadi, akan ditenyeh dengan kakinya di lantai
hingga lumat. Itulah balasan yang patut cicak laknat itu
terima. Patutlah ada yang mengatakan membunuh cicak itu
mendapat pahala. Ini kerana cicaklah yang membuat bising
semasa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Thur
daripada musuh dahulu.
Selepas itu Maimun kelihatan seperti sudah hilang mood.
Ditanya sepatah, dijawabnya sepatah. Senyum pun macam
dipaksa-paksa. Terpaksalah Rahman memujuk buah
hatinya itu. Oh, ya… dia baru teringat. Tadi dia ada membeli
sekuntum bunga ros merah untuk diberikan kepada
Maimun, tetapi tertinggal di dalam kereta.
“Okey, Maimun tunggu sekejap. Abang nak pergi ambil
barang,” kata Rahman.
“Abang nak pergi mana?” soal Maimun.
“Pergi dekat kereta aje, Maimun tunggu ya. Ada surprise
untuk Maimun nanti.”
Maimun hanya mengekori Rahman yang berlalu dengan
anak matanya. Rahman membuka pintu kereta sebelah kiri
lalu mengambil sekuntum bunga ros dari atas tempat
duduk. Kemudian dia kembali ke pondok rehat dengan
kedua-dua tangannya yang memegang bunga ros itu di
belakang.
“Okey, Maimun kena tutup mata dulu,” kata Rahman sebaik
sahaja tiba.
Maimun menurutinya.
“Sekarang hulurkan tangan Maimun,” kata Rahman lagi. Dia
menghulurkan tangkai bunga ros merah itu ke tangan
Maimun. Maimun terus memegangnya.
“Surprise…!” kata Rahman. “Sekarang Maimun boleh buka
mata.”
“Wow, cantiknya!” kata Maimun setelah melihat sekuntum
bunga ros merah di tangannya. Maimun mencium bunga
itu. “Wanginya. Terima kasih abang,” katanya gembira.
“Cium bunga aje? Abang ni pun nak kena cium jugak.
Jealouslah abang,” kata Rahman mengusik.
“Mana boleh! Belum tiba masa lagi. Abang ni nakallah,”
kata Maimun sambil menjeling manja pada Rahman.
Rahman tertawa bersahaja.
Pap! Tiba-tiba seekor cicak jatuh ke atas meja, dekat
dengan tangan Rahman. Maimun terjerit cemas. Rahman
juga terperanjat.
Rahman menepuk meja. Cicak itu lari terjun ke lantai dan
terus susup-sasap hilang ke dalam rumput. Rahman dan
Maimun sama-sama ketawa kelucuan. Wajah Maimun
kembali ceria. Padahal cicaklah yang membuatkan dia
muram sebentar tadi. Namun cicak itu jugalah yang
membuatkan dia gembira semula sekarang.
Mungkin cicak tadi mahu melepas lagi agaknya. Dalam
mencari-cari sasaran yang sesuai, mungkin lekapan kaki-
kakinya terlepas daripada kayu kekuda pondok. Mungkin
juga Rahman yang menjadi sasaran cicak bedebah itu kali
ini, tetapi tidak sempat nampaknya.
Selepas lebih satu jam, masing-masing merasa sedikit lega
selepas berbual bicara meluahkan rindu yang terpendam di
hati. Tidak seperti sebelum ini, ayat-ayat cinta beredar
hanya melalui telefon dan SMS sahaja. Waktu sudah
menjelang asar. Rahman akhirnya menawarkan diri untuk
menghantar Maimun dan kawan-kawannya pulang ke
rumah pada petang itu.
Rahman ingin terus bertemu dengan ibu dan bapa Maimun.
Dia berkira-kira untuk mencium tangan bapa Maimun nanti.
Barulah dirinya akan dikata bersopan santun, bakal
menantu mithalilah katakan. Sejuklah hati bakal mertuanya
nanti hendaknya.
Setibanya di rumah Maimun, hajat murni Rahman itu
terpaksa ditangguhkan kerana Pak Brahim tiada di rumah.
Rahman berjanji dengan Mak Hendon yang dia akan datang
semula pada hari yang lain.
Dalam perjalanan pulang, Rahman singgah di rumah Fauzi.
Boleh juga dia menceritakan dengan penuh bangga perihal
datingnya hari itu kepada Fauzi. Ya, Rahman berasa dialah
jejaka yang lebih hebat sekarang. Maklumlah, Maimun
pernah menolak lamaran cinta Fauzi sebelum ini.
Kebetulan pula Fauzi baru sahaja mahu keluar sewaktu
Rahman tiba di pintu pagar rumahnya.
“Jomlah lepak-lepak kat kedai Pak Yunus, bolehlah kita
bersembang bebas sikit,” ajak Fauzi.
“Jom!” kata Rahman lalu menggamit Fauzi masuk ke dalam
kereta. Fauzi pun menurut sahaja. Kereta Rahman pun
meluncur ke warung Pak Yunus.
Tiba di hadapan warung Pak Yunus, Rahman
memberhentikan kereta. Kelihatan warung itu kosong
sahaja tanpa pelanggan. Mungkin waktu sudah agak lewat
petang. Pelanggan sudah pun pulang.
“Pak Yunus, air tebu segelas!” teriak Rahman sebaik sahaja
melabuhkan punggung di kerusi. Senyap. Tiada sahutan
dari Pak Yunus.
“Mana pulak orang tua ni?” tanya Rahman sendirian. “Pak
Yunus, air tebu segelas!” laungnya lagi.
Senyap juga.
“Pak Yunus pergi tandas kut. Kau cedoklah sendiri dulu air
tebu tu. Nanti Pak Yunus datang kau cakaplah,” saran
Fauzi.
“Betul jugak tu. Daripada tunggu Pak Yunus habis berak,
baik aku ambil sendiri,” kata Rahman lalu tergelak kecil. Dia
mengambil gelas besar lalu mengisinya dengan beberapa
ketul ais. Balang air tebu itu nampaknya sudah hampir
kosong dan sukar untuk dicedok lagi.
“Kenapalah Pak Yunus ni tak tambah, dah nak habis air
tebu ni,” Rahman membebel sendirian sambil meninjau ke
dalam baldi penadah di bawah corong mesin tebu. Baldi itu
separuh berisi. Tanpa membuang masa, Rahman terus
mencedok lantas dituangkan ke dalam gelasnya.
Setelah Rahman duduk kembali di bangkunya, Rahman
terus menyedut straw air tebunya. Kemudian dia mengerut
dahi. “Tawar,” katanya.
“Fauzi, kau ingat lagi tak janji kau minggu lepas?” tanya
Rahman memulakan tajuk sembang.
“Janji apa?”
“Alah, buat-buat lupa pulak.”
“Janji apa? Janji belanja kau minum? No Problem.”
“Bukan belanja minum. Itu dah biasa kau buat. Kau janji
nak botakkan kepala, kan?”
“Pasal cabaran memikat Maimun tu ke?”
“Iyalah. Sekarang aku dah berjaya pikat dia. Kau kena tunai
janjilah.”
“Eh, tipulah. Tak percaya aku!” Fauzi menjuihkan bibirnya.
“Kalau tak percaya, kau ambil handphone aku ni, kau
telefon Maimun sekarang jugak. Kau tanya sendiri dengan
dia. Aku baru saja hantar dia balik ke rumahnya tadi. Kami
pergi dating tepi pantai hari ni,” kata Rahman bangga.
“Tak payah reka ceritalah. Orang baik macam aku ni pun
dia tak ingin, apa lagi kau yang lebih teruk dari aku,” dalih
Fauzi tanpa menghiraukan handphone yang dihulur
Rahman.
“Okey, aku dailkan untuk kau. Lepas tu kau tanya sendiri
dengan dia, nak?” beria-ria benar Rahman mahukan Fauzi
percaya.
“Okey, okey. Aku percaya. Tak payahlah kau susah-susah
telefon dia,” Fauzi mengalah akhirnya.
“Ha, tau pun takut. Sekarang mari aku botakkan kepala
engkau,” kata Rahman lalu tertawa besar.
“Kepala aku dah botak pun,” kata Fauzi bersahaja.
“Kepala apa? Kepala lutut?” soal Rahman.
“Ya, betul. Kepala lutut, kepala bahu… memang dah botak
semua,” kata Fauzi lalu tertawa.
“Aku tak kira, aku nak kepala hotak engkau tu pun botak
jugak.”
“Janganlah, aku gurau aje dulu.”
“Jangan nak mengelatlah. Kau kena botakkan jugak.”
“Tolonglah Rahman. Tak handsomelah aku nanti.”
“Ah, tak usah beri alasan, aku tak kira!”
“Kalau aku tak nak botak jugak?”
“Aku dah tak nak berkawan dengan kau lagi.”
“Sampai hati engkau, Rahman. Aku dah tolong kenalkan
kau dengan Maimun. Bila dapat, kau nak buang aku pulak?
Tak pe….”
“Ha, kamu berdua. Dah lama sampai? Maaflah Pak Yunus
lambat sikit, pergi buang air tadi,” tegur Pak Yunus yang
tiba-tiba terpacul dari dalam warung.
“Betul tekaan saya Pak Yunus buang air, haha…” ujar Fauzi
tertawa.
“Saya dah ambil air tebu ni segelas, Pak Yunus,” kata
Rahman pula.
“Ya, ya, ambillah” sambut Pak Yunus.
“Tapi kenapa air tebu ni tawar saja Pak Yunus? Tebu
mudakah?”
“Taklah. Tebu tua tu. Eh, kan air tebu dah habis. Kamu
ambil di mana?”
“Saya ambil dari dalam baldi bawah corong mesin tu. Air
tebu dalam balang dah habis.”
“Kamu ambil dari dalam baldi ni?” tanya Pak Yunus sambil
mengangkat baldi itu.
“Iye, kenapa? Air tebu dalam baldi tu dah ada orang
punyakah?
“Tidak. Ini bukan air tebu, ini air basuh mesin tebu.”
“Patutlah tawar,” kata Fauzi lalu tergelak besar. Muka
Rahman menjadi merah, tentunya dia sedang menahan
malu.
“Tak apalah, Pak Yunus bagi free saja air tebu Rahman ni,
kan?” Fauzi berseloroh lagi.
“Ya, ya,” kata Pak Yunus yang turut ketawa.
“Tebu dah habis tadi, itulah yang Pak Yunus cuci mesin ni.
Kamu terlambat sedikit, orang dah habis beli,” jelas Pak
Yunus.
Kerana kasihankan kawannya yang bermuka kodok itu,
akhirnya Fauzi berhenti ketawa. “Pak Yunus, bagi teh ais
dua. Kali ni saya yang belanja Rahman pulak,” katanya
sambil menepuk-nepuk bahu Rahman.
2
“LAWANYA kamu, Man! Nak pergi kenduri ke?”
Rahman berpaling. Kelihatan neneknya sedang enak-enak
bersandar di sofa. Aduh, ada pulak orang tua ni. Orang nak
cepat ni, keluh hatinya. Tak dilayan karang, rasa macam
derhaka pulak. Kalau dilayan nanti, panjang pulak
ceritanya.
“Bukan kenduri, Rahman nak pergi rumah kawanlah nek,”
jawab Rahman. Dia tahu, neneknya tidak akan dengar
suaranya dengan jelas. Sesiapa sahaja yang mahu
bercakap dengan neneknya terpaksa menjerit ataupun
bercakap di tepi telinganya.
Nenek Rahman bangkit dari bersandar. Dia nampaknya
sedikit terperanjat. “Duri masuk gigi? Alahai Rahman,
macam mana sampai duri masuk gigi? Itulah, gelojoh
sangat makan. Pergi klinik cepat, suruh doktor cabut,” terus
sahaja dia berleter.
“Mana ada, nek. Rahman nak jumpa kawan ni, bukan nak
jumpa doktor,” balas Rahman. Cepat-cepat dia menyarung
stokingnya. Tidak ada masa untuk menerangkan pada
neneknya secara terperinci.
“Dah tahu ikan tu kotor, kenapa dimakan jugak?” soal
neneknya lagi.
Sambil bangun, Rahman menekan butang alat penggera
keretanya. “Tak apalah nek. Rahman pergi dulu ya,”
katanya lalu melangkah ke luar.
Sebaik sahaja masuk dalam kereta, dia cepat-cepat
menghidupkan enjin. Menderum kereta Proton Waja itu
meluncur ke luar pagar dan terus sahaja memecut sebaik
memanjat jalan raya.
Sambil memandu, Rahman bersiul-siul riang. Namun begitu
hatinya terasa berdebar juga. Maklumlah, pertama kali dia
akan bersua dengan keluarga buah hatinya. Inilah masa
untuk dia memperkenalkan diri kepada bakal mertua. Untuk
itu, dia perlu menunjukkan budi bahasa, kredibiliti dan
karisma yang baik. Terpaksalah menjadi hipokrit sedikit.
Untuk tujuan yang baik apa salahnya. Jangan kantoi
sudah…!
Rahman sememangnya telah bersedia awal-awal lagi.
Soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh
bakal mertua sudah pun dihafal jawapannya. Petua-petua
untuk memikat mereka pun akan diaplikasikannya nanti
sebaik mungkin, termasuklah taktik-taktik ‘mandrem’ yang
dipelajari daripada kawan-kawan. Bak kata orang, kalau
nak kahwin dengan seorang perempuan, kahwinlah sekali
dengan ibu bapanya. Untuk itu, bagi mencipta permulaan
yang baik, sebakul kecil buah-buahan yang dihias cantik
dibawanya sebagai buah tangan.
Sementara itu, di sebuah rumah di Kampung Batu Hampar,
Pak Brahim dan Mak Hendon tertunggu-tunggu. Teka-teki
yang menyenakkan otak mereka mengenai bakal menantu
akan terjawab sebentar lagi. Kepingin sungguh hendak
ketemu si jaguh handalan yang berjaya mengangau-
angaukan anak dara mereka itu. Mengikut kata Maimun,
orangnya handsome, kaya dan bersopan santun. Harap-
harap begitulah….
Ketibaan Rahman disambut dengan mesra. Dalam diam,
Pak Brahim dan Mak Hendon juga kagum akan penampilan
dan kejentelmenan lelaki muda ini. Sesuai benar kalau
hendak dijadikan menantu. Namun Pak Brahim tidak mahu
bertindak melulu. Padanya, lelaki muda ini perlu diselidiki
terlebih dahulu. Entah macam mana sebenarnya latar
belakang dia dalam agama dan adab. Bak kata orang putih,
don’t judge a book by its’ cover. Dia juga harus diuji serba
sedikit. Cukup ke ilmunya, tahan ke tidak mentalnya.
Maklumlah, hendak mengambil alih tanggungjawab ke atas
anak dara orang bukannya senang!
Selepas beramah-tamah seketika, Rahman pun
menyatakanlah tujuan kedatangannya yang membawa
hasrat untuk melamar Maimun. Mendengarkannya, spontan
Pak Brahim tertawa bersahaja, seperti dibuat-buat.
Sememangnya pun dia sudah sedia maklum akan hajat
anak muda ini.
Tanpa menyatakan persetujuan menerima atau sebaliknya,
Pak Brahim bertanya soalan lain.
“Dah lama ke kamu kenal Maimun ni?” Ditenungnya lelaki
muda di hadapannya ini. Dapat dilihat di dahinya sudah
tumbuh manik-manik peluh. Panas petang itu agak
membahang walaupun kipas berputar ligat di atas kepala.
Maklumlah sekarang musim kemarau, memanjang sahaja
cuaca panas kering.
“Baru seminggu lebih, pak cik,” jawab Rahman perlahan.
Gementar juga rasanya dia bila bertentang mata dengan
orang tua itu. Matanya nampak galak semacam. Macam
gagak ‘mengusha-ngusha’ bangkai yang digonggong anjing.
“Seminggu lebih? Wah! Pak cik tabiklah kamu. Berani
sungguh. Gentleman lagi. Macam tulah anak jantan,” puji
Pak Brahim sambil menepuk paha Rahman dengan kuat.
Tersentak Rahman jadinya, sampai tergigit lidah sendiri.
Nasib baik tidak luka.
“Tapi pak cik nak tahu jugak, macam mana mula-mula
kamu jumpa Maimun?” tanya Pak Brahim lagi tanpa
menghiraukan reaksi Rahman itu.
Dengan semangat yang sudah tergugat, Rahman
nampaknya takut-takut hendak menjawab. Tidak
dijangkanya akan menghadapi situasi sebegini.
“Errr… bulan lepas saya ada ikut Fauzi datang rumahnya.
Masa itulah saya dapat tahu pasal Maimun. Kebetulan kami
ada terjumpa dengan Maimun semasa majlis bubur Asyura
di surau. Saya pun cubalah tegur dia,” akhirnya dia berterus
terang.
“Hah?” giliran Pak Brahim pula yang tersentak. “Fauzi?
Budak tak senonoh tu? Kawan kamu rupanya.” Serta-merta
air mukanya berubah, tidak semanis tadi.
Rahman tertelan liur. Menderau darahnya dengan
perubahan mendadak angin Pak Brahim itu. “Ya, pak cik.
Dialah yang kenalkan saya pada Maimun,” katanya gugup.
“Hai, tak habis-habis budak tu buat hal. Dari kecik sampai
besar, suka sangat dia usik anak aku,” Pak Brahim
mengomel pula. Nampaknya dia kurang senang apabila
nama Fauzi disebut.
“Tapi saya tengok dia okey saja, pak cik. Tak ada pula dia
usik-usik Maimun. Maimun pun nampaknya senang dengan
dia,” Rahman mempertahankan sahabatnya.
Pak Brahim menghela nafas dengan kuat. “Kamu tak tahu
lagi perangai hantu dia. Kecik-kecik dulu selalu pak cik piat
dia. Dah besar pun pak cik pernah kejar dia dengan
cangkul,” katanya sambil tangannya menggayakan seperti
mengayun batang cangkul ke atas kepala Rahman.
Serta-merta Rahman bertindak seperti mengelaknya. Siap
dengan aksi muka cuak sekali. “Eh, sampai macam tu
sekali? Nakal sangat ke dia, pak cik? Apa yang dia dah
buat?” dia bertanya.
Ini cerita baharu. Fauzi tidak pernah pun cakap, apatah lagi
bercerita. Apa yang Rahman tahu, Fauzi adalah lebih elok
perangainya daripada dia sendiri. Kalau orang sebaik Fauzi
sudah dikatakan hantu, entah apa pula dirinya sendiri patut
dilabelkan? Tan Sri hantukah?
“Macam-macam,” Pak Brahim tersenyum sinis. “Macam-
macam benda dia dah buat. Alah, semua orang kampung ni
dah tahu sangat macam mana hantunya dia,” luahnya
dengan nada meluat. Daripada gaya dia bercakap, Rahman
terperasan yang Pak Brahim seperti berdendam dengan
Fauzi.
Menyedari situasi itu, Rahman mesti bertindak bijak. Dia
memilih untuk tidak menyebelahi Fauzi. Orang tua ini perlu
disapu dan dikipas.
“Oh, macam tu. Patutlah dia tak mahu datang sekali. Dia
takutkan pak cik rupanya,” kata Rahman sambil
mengangguk-angguk. Sebagai seorang kontraktor yang
‘bertauliah’, kemahiran membodeknya mestilah lulus di
peringkat kepujian.
“Nak datang sini? Budak tu kalau nampak pak cik saja, tak
cukup tanah dia lari,” kata Pak Brahim dengan bangga.
Kembang kempis hidungnya. Terserlahlah bulu hidungnya
yang terjuntai keluar, berpintal-pintal dengan misai. Cuma
misainya sudah putih uban, dapatlah dibezakan dengan bulu
hidung yang masih hitam. Mungkin kepada orang yang
belum mengenalinya, Pak Brahim dilihat memiliki misai
yang unik. Fesyen kuda belang!
Rahman buat-buat ketawa. Jarumnya sudah mengena.
Bukannya susah sangat hendak tundukkan orang tua ini.
Tidaklah seteruk yang dikatakan Fauzi. Memang Fauzi
tidak reti meracun! Sebab itulah tak dapat-dapat.
“Oh, baru saya faham sekarang. Agaknya sebab tulah dia
cabar saya tackle Maimun,” balas Rahman.
Dengan tiba-tiba Pak Brahim menyinga. “Apa? Dia cabar
kamu tackle Maimun?” Terjegil matanya memandang
Rahman.
Rahman menggelabah. Tersilap cakap ke? Macam mana
pulak nak jawab ni? Belasahlah…!
“Ya, pak cik. Saya buat eksperimen saja, kalau dapat nanti
saya akan tunjukkan pada dia… Ops…. Alamak!” Rahman
tersedar, walaupun dia cuba nak mengakali Pak Brahim,
tetapi dia sudah terlajak cakap.
“Hei, kamu ingat anak aku tu tikus ke nak buat eksperimen,
hah?” tengking Pak Brahim. Marah benar dia. Tadi bukan
main lagi mesra, sekarang tiba-tiba pula macam singa.
Sekelip mata sahaja boleh bertukar, macam pakai suis
pula. Petik sahaja suis, jadi ramah. Petik suis lagi sekali,
terus bertukar garang.
“Bukan pak cik. Saya bukan bermaksud tak baik. Saya
sebenarnya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan
Maimun,” tergagap-gagap Rahman menafikannya. “Saya
tersilap cakap tadi. Maafkan saya, pak cik.”
Nasib baiklah dalam suasana tegang itu Maimun muncul.
Dia datang dengan menatang sebuah dulang. Diaturnya
cawan-cawan teh dan sepiring pisang goreng di atas meja
dengan cermat. “Jemput minum abah, Abang Rahman,”
pelawa Maimun dengan lembut sambil tangannya
menuangkan teh ke dalam cawan.
“Hah, jemputlah minum,” sergah Pak Brahim apabila
melihat Rahman yang masih terkial-kial.
Kerana gabra, Rahman mencapai teko lalu menuangnya ke
dalam cawan yang sudah pun sedia penuh. Agaknya dia
tidak sedar apa yang dibuatnya.
Maimun kaget dengan kelakuan Rahman. “Dah penuh tu,
abang,” tegurnya. Hampir melimpah air teh di dalam cawan
yang dituang Rahman.
Rahman makin gelabah. “Eh, silap,” katanya. Dituangnya
pula teh ke dalam piring pisang goreng. Maka berenanglah
pisang goreng itu dalam air teh.
Terbeliak mata Maimun. “Eh, apa abang tuang dalam piring
kuih ni pulak?” Cepat-cepat dia menyambar teko dari
tangan Rahman. Rahman terpinga-pinga.
“Apa kena dengan kamu ni? Mamai ke?” jerkah Pak Brahim.
Dia pun hairan dengan Rahman. Tadi gentleman benar,
sekarang tiba-tiba pula jadi tak keruan, macam orang hilang
akal.
“Eh, tidak. Tidak,” Rahman mengangkat cawan lalu
menghirupnya terketar-ketar. Berkertak bunyi piring dan
cawan berlaga. “Sedap teh ni,” katanya cuba senyum.
Senyum dengan muka cuak. Walaupun rupanya nampak
sungguh menggelikan hati, tetapi Pak Brahim merenungnya
dengan tajam.
“Terima kasih, abang,” balas Maimun. “Nanti Maimun tukar
pisang goreng lain ya,” tambahnya lagi lalu bangun dan
berlalu ke dapur.
Pak Brahim masih merenung Rahman. Bola matanya
bergerak ke atas dan ke bawah berulang kali. Setiap inci
tubuh Rahman ditelitinya.
Makin tidak selesa jadinya Rahman. Tambah seriau dia
apabila mata Pak Brahim asyik tertumpu pada
pinggangnya. Betul ke orang tua ni? Luar tabii ke apa? bisik
hatinya.
“Cantik betul seluar kamu,” tiba-tiba Pak Brahim memecah
hening. Suaranya sengaja dilunakkan pula.
Confuse Rahman. Ini pujiankah? Atau saja-saja hendak perli
seluar jean lusuhnya itu? Seluar itu memang sudah begitu
sewaktu dibeli, hujung jahitan terburai dan berbulu.
Anggap sajalah ianya satu pujian, tidak elok bersangka
buruk. Rahman menarik nafas lega. “Oh, terima kasih pak
cik. Memanglah seluar ni kalau siapa pun yang tengok saya
pakai, mesti berkenan. Kainnya lembut, selesa sungguh
saya pakai,” dia masuk bakul angkat sendiri.
Pak Brahim mengangguk-angguk sambil menjuih bibir. “Apa
jenis seluar yang kamu pakai ni?” dia bertanya. Ada nada
mengejek bunyinya.
Apa yang tidak kena dengan seluarnya? Rahman
menjenguk-jenguk kiri dan kanan seluarnya itu. Dia cuba
bertenang. “Ini seluar Levi’s pak cik, Fragment Design
Fenom 505,” tanpa teragak-agak dia menjawab. Namun
sebenarnya dia sendiri tidak pasti seluar apa yang
dipakainya. Banyak jenis seluar daripada pelbagai jenama
terdapat di dalam almarinya. Dalam tergesa-gesa bersiap
tadi, dia mencapai salah satu daripadanya dan terus sahaja
menyarungnya.
“Oh, Levi’s. Tapi ngapa ada tulisan Cina kat situ?” Pak
Brahim memuncungkan mulutnya ke arah kiri pinggang
Rahman.
Dengan pantas Rahman menjenguk. Ada satu tag kain yang
mempunyai tulisan cina dari sulaman benang berwarna
merah tertampal di situ. Oh… benda ni pulak, rungut
hatinya. Muslihatnya sudah tersasar!
Namun secara spontan Rahman mendapat idea. “Oh, ini
Levi’s ditulis dalam bahasa Cina, pak cik,” katanya tidak
mahu mengalah. Mengalah bermakna mengakui kebodohan
diri sendiri.
Pak Brahim tersenyum sinis. “Levi’s pun ada tulis dalam
bahasa Cina ke? Pak cik baru tahu.”
“Ini design Levi’s terbaru, pak cik. Baru sampai awal bulan
ni,” Rahman terus mereka cerita. Egonya mesti
dipertahankan.
“Oh, gitu. Dulu pak cik belajar kat sekolah rendah Cina.
Adalah belajar bahasa Cina sikit-sikit. Sepatah dua tu
dapatlah pak cik baca. Tapi sekarang dah banyak lupa. Itu
yang pak cik tanya tu,” kata Pak Brahim sambil tersenyum
menyindir.
Rahman sedar yang tipu dayanya benar-benar sudah kantoi.
Mati akal dibuatnya. Dia langsung terdiam.
“Tapi pandai pulak Rahman ni baca Levi’s Cina, ya,” Pak
Brahim terus mengasak. Walhal dia sudah pun tahu yang
Rahman hanya berbohong.
Nak tak nak Rahman terpaksa menyelamatkan maruah diri.
“Tak. Saya tak pandai. Ini kawan Cina saya yang tolong
belikan.” Bengang juga hatinya bila ditanya meleret-leret
begitu. Dah tahu aku kelentong, tak payahlah buat-buat
tanya lagi, bentak hatinya.
Pak Brahim mengangguk beberapa kali. “Oh, gitu. Mesti
mahalkan?” katanya seperti merasa takjub. Dia masih mahu
menyerang Rahman secara psikologi. Rasakan. Budak ini
perlu diajar cukup-cukup. Berlagak sangat! Tak mahu
langsung merendahkan diri, ujarnya di dalam hati.
Rahman semakin tersepit, tetapi dia mesti mempertahankan
dirinya. “Ya, ya, memang mahal, tapi saya dah lupa berapa
harganya,” katanya. Seboleh mungkin dia mencari jalan
untuk mematikan tajuk itu. Lagi banyak dia berdalih lagi
banyaklah kredibilitinya pada bakal bapa mertuanya itu
akan jatuh.
Pak Brahim tertawa lagi. Dia tahu yang Rahman sudah
mengalah. “Sebenarnya pak cik pun ada seluar macam ni.
Pak cik beli tahun lepas. Pak cik pun dah tak ingat berapa
harganya. Tauke baju bundle tu longgok atas kanvas saja.
Pak cik beli satu, dia bagi free tiga helai lagi,” katanya
selamba.
Bammm!!! Dada Rahman rasa macam ditembak. Kata-kata
Pak Brahim bagaikan peluru menembusi jantungnya.
Maruahnya sudah bedebuk jatuh ke lantai. Tetapi dia tidak
boleh berputus asa!
“Wah, banyaknya! Bertuah betul pak cik dapat jumpa
tempat ada offer. Seluar tu masih ada lagikah?” Rahman
buat-buat bertanya soalan bodoh untuk mengontrol
malunya. Nasib baik Fauzi tak ada. Kalau tak mampus aku
kena gelak, bisik hatinya.
“Ada lagi tinggal dua helai. Pak cik gantung dekat pondok
nun. Pagi-pagi nak pergi menoreh pak cik pakailah. Pak cik
pakai gilir-gilir,” ujar Pak Brahim sambil senyum meleret.
Rahman terbungkam. Cilaka orang tua ni, betul-betul
pedajal aku! Kalau nak mengena pun yang patut-patut
jadilah, hatinya menyumpah. Bengangnya sudah sampai ke
tahap maksimum. Kalaulah di hadapannya ini orang lain,
sudah tentu dicarut-carutkannya. Namun sekarang dia
berhadapan dengan bakal bapa mertua, pertama kali pulak
tu! Apa jua yang berlaku pun dia mesti menunjukkan adab
yang baik.
“Harga getah sekarang saya dengar sudah naik. Betul ke
pak cik?” Rahman cuba menukar tajuk. Dia sudah mual
untuk mempertahankan perihal seluarnya itu lagi.
Pak Brahim menarik nafas panjang dan membetulkan
sandarnya. “Alhamdulillah. Macam tulah. Dapatlah duit
lebih sikit. Sekurang-kurangnya dapatlah pak cik beli seluar
Levi’s baru untuk menoreh,” katanya.
Aduh! Aduh! Aduh…! Orang tua ini tidak mahu bertimbang
rasa langsung! Sehabis upaya Rahman cuba berdiplomasi,
tetapi semakin melampau pula dia membidas. Maka petang
itu Rahman terpaksa menjadi macam orang bodoh.
Terpaksa mengiakan apa sahaja yang Pak Brahim katakan,
walaupun ianya memakan diri sendiri.
Setelah penat ‘dibelasah’ Pak Brahim, Rahman pun meminta
diri untuk pulang. Lagipun waktu sudah melewati asar. Pak
Brahim berseloroh mengajak Rahman terus bermalam di
rumahnya. Terpaksalah Rahman menolaknya dengan penuh
hormat. Dia tidak sanggup! Sepetang di situ pun dia sudah
hampir ‘separuh nyawa’.
Ketika mahu membuka pintu kereta, Rahman terpandang
sehelai seluar yang tersangkut di kayu alang pondok di tepi
laman. Hampeh betul! Macam manalah aku boleh terpakai
seluar yang sama macam seluar dia buat menoreh getah…!
hatinya merungut kesal.

Sunday 8 June 2014

ISLAMIC  STUDIES
MPW 1143
MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE KOTA KINABALU, SABAH

FAKTOR DAN KESAN GEJALA MURTAD DI MALAYSIA

1.1  PENDAHULUAN

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia.  Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpedidikan agama, walaupun tidak dinafikan kerat daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama tetapi terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. 
Firman Allah :
          وَمَن يَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَيَمُتۡ وَهُوَ ڪَافِرٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ

Maksudnya : dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya). (Surah al-Baqarah: 217)


1.2  PENGERTIAN GEJALA MURTAD
Dari segi bahasa murtad bermaksud kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya. Murtad juga disebut dengan perkataan IRTIDAD atau RIDDAH.

Dari segi syarak pula bermaksud memutuskan islam atau kembali kepada islam daripada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah.

“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah orang yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ Al-Baqarah, 2:217].

Juga diriwayatkan oleh Daruqutni dan Baihaqi dari Jabir, 

“Bahawa Ummu Marwan telah murtad. Rasulullah SAW memerintahkan untuk menasihatinya agar ia kembali kepada Islam. Jika ia bertaubat (maka dibiarkan) jika tidak, maka ia dibunuh”. 
Adapun bagi kanak-kanak atau orang gila yang murtad, maka tidak sah hukuman bunuh ke atasnya. Ini kerana keduanya bukanlah mukallaf dan mereka tidak dikenakan had murtad. Rasulullah SAW bersabda,

“Diangkat pena dari tiga orang (iaitu) anak kecil hingga baligh, orang yang tidur sampai bangun dan orang yang gila sampai sembuh”.


Pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar menasihati orang yang murtad.  Demikian pula yang dilakukan oleh Umar.  Dari Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Qariy berkata, 

“Seorang lelaki dari sisi Abu Musa mengadap kepada Umar al-Khattab.  Umar bertanya kepada lelaki itu, ‘Apakah ada khabar dari (daerah yang) jauh?’Lelaki itu menjawab, ‘Ada, yakni seorang lelaki telah kafir setelah beragama Islam’. Umar berkata, ‘Apa yang engkau lakukan?’Dia ku dekati lalu aku membunuhnya.’Umar berkata, ‘Mengapa engkau tidak penjarakan di rumahnya sahaja selama tiga hari, kemudian engkau beri makan roti setiap harinya dan engkau anjurkan agar bertaubat, barangkali ia (akan) bertaubat dan kembali kepada agama Allah?’‘Ya Allah sungguh aku tidak setuju tindakan ini dan aku tidak redha kerana ia menyampaikannya kepadaku.”

2.0  KESAN GEJALA MURTAD

2.1    Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya.

Sehubungan dengan itu, harta tersebut diletakkan dibawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi keperluannya yang daruri.  Sekiranya dia kembali kepada islam, maka tegahan tersebut tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya.  Sekiranya bertaubat, harta tersebut bukan miliknya sejak permulaan murtad.

2.2    Terputus warisan diantara kaum kerabatnya.

Sekiranya mati salah seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW “tidak mewarisi org muslim akan orang kafir dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim”.

2.3  Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung.

Sekiranya orang murtad itu kembali kepada islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula dengan isterinya tanpa akad nikah yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya selepas itu, dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah dengan akad dan mahar yang baru.

2.4  Hukuman Mati Dikenakan Jika Tidak Bertaubat.

Seseorang yang murtad apabila sabit kesalahannya boleh dikenakan hukuman mati, jika tidak mahu bertaubat daripada kesalahannya itu sebagaimana yang dijelaskan hadis Rasulullah s.a.w : “sesiapa yang menukar agama, maka bunuhlah dia”. Ini merupakan hukuman asal dan asas kepada jenayah ini. Hukuman ini telah ditentukan oleh syarak tidak kira sama ada orang yang murtad itu lelaki ataupun perempuan.  Hukuman ini tidak termasuk kanak-kanak, orang gila ataupun orang yang dipaksa murtad. Jika hukuman ini digugurkan dengan sebab-sebab tertentu, orang yang disabit
kesalahan murtatnya itu boleh dikenakan hukuman takzir seperti sebat, penjara, cercaan dan sebagainya ( Ann Wan Seng. 2009 : 92 ).

3.0 FAKTOR GEJALA MURTAD

3.1 Jauh dari ajaran Islam yang sebenar

Umat Islam sendiri merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai sumber hidup manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman. Terdapat sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar,  bahkan tidak dapat membezakan antara sistem yang ada dalam Islam dan yang datang dari Barat sehingga mencampuradukkan kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan kerosakan pada akidah umat Islam tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara kesahihan ajaran yang ada dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang digunapakai oleh golongan bukan Islam.
Umat Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan syiar adalah menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang diamalkan dalam suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia.  Maka, berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang merosakkan Islam.  Sungguh benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.  dalam satu hadis yang bermaksud: Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang (di mata manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang.

3.2 Kejahilan umat Islam tentang keunggulan peraturan yang terkandung dalam agama Islam


Umat Islam tidak menyedari bahawa Islam diturunkan untuk menghapuskan penyembahan manusia terhadap manusia dalam segala bentuk manifestasinya, juga untuk mengesahkan penyembahan mereka hanyalah kepada Allah SWT.  Sistem hidup yang lahir daripada agama Islam bukanlah sistem yang bersifat sejarah iaitu satu sistem yang terbatas pada satu period tertentu, ia juga bukanlah sistem yang bersifat kedaerahan yang hanya digunakan oleh sekumpulan generasi manusia tertentu, juga bukanlah sistem yang bersifat kaku danyang dipraktikkan dalam satu suasana atau keadaan tertentu, malahan ia merupakan satu sistem yang teguh dan utuh, diredhai Allah s.w.t. untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan masa.  Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan manusia di dunia agar berlegar di sekitar paksi yang diredhai Allah.  Sistem ini juga bertujuan untuk mengekalkan kehidupan agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi, yang dianjurkan oleh Allah s.w.t.

3.3 Lahir idealisme Barat yang menyesatkan dalam pemikiran umat Islam seumpama Sekularisme dan Orientalis

Faham sekular dari sudut politiknya telah mula dilaksanakan di Turki selepas penghapusan sistem Khilafah Islamiah Othmaniah pada tahun 1924. Fahaman ini seterusnya manjadi kaedah politik yang diamalkan di tanah air umat Islam.  Doktrin ini jika difaham dari pentakrifannya iaitu satu doktrin yang menolak atau memisahkan agama, ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti pentadbiran awam dan lain-lain serta menganggap perkara keagamaan adalah satu tugas yang dilaksanakan oleh manusia untuk Tuhannya sahaja.  Maka setiap manusia yang berpegang dengan doktrin ini yang menyokong dan mempertahankan keabsahan amalan yang tidak berkait dengan agama dipanggil manusia sekular. 

Dengan ini, dapat kita lihat bahawa bahaya fahaman ini adalah merosak seterusnya menanggalkan aqidah umat Islam.  Mereka yang menganut doktrin ini, secara automatik tidak mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT yang Maha Pentadbir dan Penguasa seluruh alam.

Sementara fahaman nasionalisme adalah doktrin yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, dengan meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan lain. Fahaman ini bertitik tolak dari andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Akibatnya, perkara akidah dan agama yang paling asas diabaikan demi mengejar tuntutan bangsa dan negara. 


3.4 Penyebaran Media Massa Barat Yang Bertebaran
 
Kini bertebaran media masa Barat yang bertujuan merosakan Islam dengan membuat tohmahan yang maha dahsyat kepada ajaran yang murni ini.  Antara majalah dan artikel yang tersebar di Barat dan juga dibeberapa buah negara umat Islam mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah pereka kepada cerita-cerita dongeng, manakala masyarakat Arab adalah golongan yang terlalu kuat seks.  Oleh itu, ramai dikalangan mereka yang bertebaran diseluruh negara kerana ingin memuaskan nafsu syahwat mereka. Islam juga dikatakan agama yang menganjurkan keganasan memandangkan di dalam perintah supaya umat Islam berjihad memerangi orang-orang kafir, selain syariat yang terkandung dalam Al-Quran dilabelkan sebagai zalim kerana padanya terdapat hukuman bunuh seumpama merejam orang yang berzina bagi yang telah berkahwin juga membunuh orang yang keluar dari agama Islam (murtad).
Hal ini sebenarnya tidak lain hanyalah untuk meragukan-ragukan seterusnya memesong fikiran umat
Islam dari ajaran mereka sendiri.

3.5 Dakyah daripada Bukan Islam di Negara Umat Islam

Terdapat kalangan bukan Islam yang bernaung di negara umat Islam bersikap dengki dan berniat jahat terhadap agama Islam dan penganutnya.  Setelah itu, mereka mula merancang beberapa strategi jahat untuk memurtadkan umat Islam daripada semua lapisan, sehingga didapati ramai penganut Islam yang keluar dari ajaran mereka.

3.6 Kurang Pentarbiahan dan Pendidikan Berasaskan Agama

Di antara kekuatan umat Islam terdahulu adalah hasil dari asas didikan dalam perkara agama.  Generasi sahabat Rasulullah SAW,  tabi’en dan salafussoleh yang melalui pendidikan dan tarbiah keimanan yang mantap sanggup menggadaikan diri mereka demi Islam.  Kisah sahabat Nabi SAW yang bernama Khabbab ibnu Al-Arat, yang disiksa sehingga luruh daging-daging dari tubuhnya, Bilal bin Rabah yang dijemur ditengah panas terik dengan diletakan batu besar atas dadanya, kesemuanya adalah kerana mempertahankan aqidah dan ajaran Islam merupakan contoh tauladan dan ikutan untuk generasi sekarang dan akan datang.
Didikkan keimanan sepertimana golongan terdahulu kini kelihatan telah hilang sedikit demi sedikit dalam diri umat Islam.  Akibatnya mereka mula meringan-ringankan perkara agama.  Maksiat menjadi tabiat biasa untuk dilakukan disebabkan tidak adanya didikan dan tarbiah yang cukup tentang Islam.  Inilah kekurangan juga kelemahan umat Islam yang menjadi punca hilang kekuatan pada diri mereka.

4.0  LANGKAH MENGURANGKAN GEJALA MURTAD

a)                  Pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari usia kecil sehinggalah mereka dewasa.

b)                 Program-program dakwah kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan dipertingkatkan sejajar dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam masakini.  Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini agar sentiasa releven dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik golongan muda Islam yang amat terdedah kepada berbagai gejala negatif termasuklah murtad.


c)                  Golongan muallaf atau saudara baru yang telah memeluk Islam perlulah diberikan perhatian sama ada dari sudut moral mahupun material. YAA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam keputusannya berhubung kes Siti Fatimah Tan, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. Menurut beliau, MAIPP sepatutnya perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam.  Dan jika ini tidak dilakukan, beliau bimbang akan wujud lebih banyak kes-kes seperti itu.

d)                 Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 11(1) dan Jadual kesembilan Senarai Negeri dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Mahkamah Syariah) 1965 adalah perlu dipinda. Dalam konteks masakini, adalah disyorkan pendapat yang menyatakan kesalahan murtad boleh dijatuhi hukuman ta’zir apabila gagal bertaubat perlu diberi perhatian kerana jika berpegang dengan pendapat ijma ulama, sudah tentu hukuman tersebut tidak dapat dijalankan.

e)                   Kajian dan penyelidikan berkaitan dengan gejala murtad dalam konteks di Malaysia perlulah dipergiatkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam dan mencari pendekatan yang sesuai untuk membendung gejala ini.

5.0  KES-KES MURTAD 

Terdapat beberapa kes yang berkaitan murtad di Malaysia antaranya;

a) Kes Natrah 
Kes ini berlaku dalam tahun 1950. Natrah telah dipelihara oleh ibu angkatnya, Che Aminah sejak dari kecil lagi.Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun.Bapa Natrah telah membuat perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah kepada Konsul Jeneral Belanda. Bagaimanapun masyarakat Islam menentang keras.Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah.Kerana takut peristiwa ini berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi.Walaubagaimanapun, mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. 
Isunya dikatakan bermulanya, sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Akhirnya mahkamah membuat keputusan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya.  Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. 
Dalam kes tersebut, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ?Bapanya lebih berhak ke atasnya. 
Secara kesimpulannya bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. 
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian. Masyarakat orang Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British.

b) Kes Azlina Jailani @ Lina Joy
Nama asalnya ialah Azlina Jailani.  Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun.  Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian.  Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan carahidup sebagai Muslim. 

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Beliau telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.

Mengikut fakta kes, selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad Pengenalannya masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.  Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.  Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.  Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan dikemukakan di Mahkamah Tinggi tahun 2000,  seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005,  dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, hinggalah Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi Pertubuhan bukan Kerajaan (NGOs) yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara, dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat. 
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah tetapi memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.  Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGOs non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya. 

Ini adalah kali pertamanya dalam sejarah Malaysia, dikatakan penghujahan yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

c) Kes Siti Fatimah Abdul Karim
Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi daripada laman web, http://blog.limkitsiang.com dan Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu.Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka.Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.

Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam oleh Siti Fatimah Binti Ab Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka (Kes Mal Bil. 04200-043-
0005 Tahun 2006).Permohonan tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Tuan Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka dengan kehadiran
pemohon dan wakil Majlis Agama Islam Melaka.


STATISTIK MURTAD DI MALAYSIA

Statistik menunjukkan pecahan yang murtad mengikut negeri dari tahun 2000 sehingga 2010. Tempoh 10 tahun yang membuat permohonan murtad dari agama Islam ialah berjumlah 686 permohonan yang dipohon dan permohonan yang diluluskan ialah 135.
Permohonan yang diluluskan di negeri paling tinggi terutamanya di negeri yang diperintah ialah di Pahang (87.5%), Perlis (33%), Sabah (28%), Perak (25.53%), Melaka (25%) dan Negeri Sembilan (19.19%).
Di Selangor pula ada 99 permohonan namun tiada pemohonan yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Di negeri Johor pula sebanyak 8 permohonan murtad telah dipohon namun tiada sebarang kelulusan juga. Diikuti Sarawak dan Terengganu yang masing-masing satu permohonan namun telah ditolak permohonan itu.

Pulau Pinang dan Kedah masing-masing dengan 36 dan 5 permohonan telah dipohon namun hanya 1 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh JAKIM. Wilayah Persekutuan pula mencatatkan permohonan pertukaran agama sebanyak 17.86% atau 10 permohonan sahaja yang dibenarkan berbanding 56 yang dipohon pertukaran agama.

6.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, gejala murtad yang berlaku di Malaysia telah menunjukkan satu trend peningkatan yang amat membimbangkan. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar umat Islam yang murtad, namun kes-kes yang dilaporkan oleh media massa, selain yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah ternyata semakin bertambah. Sehingga kini boleh dikatakan belum ada satu penyelesaian yang benar-benar konkrit bagi membendung gejala murtad ini walaupun sesetengah negeri telah memasukkan peruntukan yang khusus mengenainya di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri lain. 


RUJUKAN

Danial.A.A,  (Februari 05, 2009) .gejala murtad:implikasi terhadap perkembangan islam dan masyarakat muslim di malaysia

http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/02/jenayah-murtad-suatu-kajian-perundangan.htm

 

Saifullah.M (Desember 08, 2012). statistik murtad di malaysia

http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/statistik-murtad-di-malaysia.html

 

Ashraf.M.S, (2012).  kaedah mengatasi gejala murtad

http://ashraf-mohdshokri.blogspot.com/2011/02/assigment-pertama-untuk-semester-ke-2.html

Wednesday 26 March 2014

assalamualaikum ya akhi, ya ukhti.. salam sejahtera, salam satu malaysia.. salam perpaduan dan segala salam. hari tk aku terasa mk naip something di blog yg xberapa glak tk. so far, alhamdulillah. minggu depan mk final exam udah.xsabar mok balit kpg. inshaaAllah.. 12.04.2014 will be my departure. miss sarawak. lalu2.hihihi. sebulan dua tk, alhamdulillah ada sikit kebahagiaan aku rasa. walaupun kadang2 aku rasa bagai nak kiamat jk dunia tk. tp syukur. Allah bik aku kekuatan tuk nerimak semua ya. 1st skalik after what happen, aku n ahyine berbaik semula n alhamdulillah, hubungan mek 2 bertambah baik selepas peristiwa ya. tp ada juak bnda nk dikenang aku. tp xpa la. yg penting nya bahagia. ya jk doa ku. xkisah dgn sapa2. tp bulak la mn aku xda rasa cemburu. tp pa blh buat, xda jodoh. papun, aku tetap ada tk nya. xkisah la. cuma ya la tek, mcm aku knk bulak jk selama aku knl nya. entah. aku pun xtwuk pahal. mek 2 putus sebab sigek jk nk aku pkei bna2.. nya mk bergerek lain. tapi xpa la. siapa la aku mk nahan hati nya suka ngan org lain. 2nd gk, nk baru2 tk pasal pesawat hilang. MH370 in memories. tapi aku xmook anggap dknya dh ninggal. sebab blm ada bukti nunjuk dknya dh ninggal. selagi belum da jasad yg meninggal, selagi ya ku xmok anggap dknya dh meninggal. bukan x redha. tapi perasaan memahami ya kuat glk ngan keluarga mangsa. kehilangan org terrsayang tk lain asa. makin2 mn hilang cm ya jk. mlah kita berharap. pa lagik nk mati. nk mati aku penah merasa. nk hilang ya tanpa diketahui cnei tuju ya wallahualam la. aku xpenah gk. kesian ngan dk nya, keluarga mangsa lebih agk. mn la salah seorang mangsa masih hidup mk jk aku dengar kisah cdk nya lam belon ya. semua ya kuasa Allah. Nya jk twuk pa nk jadi. kita sebagai hambaNya cuma mampu berdoa. selebihnya tawakal. ya nk penting. ne twuk Allah bik petunjuk sikit2. inshaaAllah. kuasa Allah Maha Hebat. xda sapa pun dapat mengalah Nya. semoga mangsa ya diberik keselamatan n kesejahteraan. mn masih hidup, cepat2 la berjumpa dgn family dknya. tapi mn dh ninggal, wallahualam, semoga roh dknya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman buat yg muslim. buat family dknya, semoga tabah menghadapi.
aku gk itok benda nk plah aku itok ngan ahyine. entah knk aku sukar mk lupa nya. bila ku kenang, automatik aek mata ku gugur. aku xtwuk knk. terlalu indah and da juak nk pahit tuk dikenang. ahyine, andai suatu hr klak kmk xda gk, harap kitak dpt baca segala nk kmk tulis utk kitak. kmk syg ktk bebena. cuma ya la kita xda jodoh. sekejap jk ikatan kita. tapi lepas ta duak break dh, kmk asa hubungan kita makin dekat, makin mesra xdk dlok. masa da ikatan, mala jk klaie. mungkin Allah xrestu kita. mungkin Nya mk kita kwn besa2 jk. kmk faham. bila kmk stalk fb ktk, kmk nampak da gmbr ompoan. GEREK ktk. kmk twuk. dlok dh takduak grek nk? ermm.. ya molah kmk kit ati ngan kitak, kitak bulak kmk. kita xterus terang ngan kmk. patut pn ktk xmok ngkah gmbar kita sama2 lam wechat. patut pun kitak xmok kmk nangga fb kitak. n patut pn kita mala nengok hp masa sam2 dgn kmk. kmk twuk, tp kmk diam. sbb kmk xmok merosak hubungan ta duak. kmk jaga hubungan kita. tapi kitak?? dalam doa kmk, ada nama kitak, dalam setiap doa kmk, kmk ingat ktk.xtwuk knk. dh bnyk kali cuba hindar perasaan ya. tapi makin kuat. mungkin sebab doa kmk. ntah juak.dengan kitak jk kmk asa lain ahyine. emm kmk xtwuk mk padah pa gk. banyak sebenanya. tapi kmk dh malas. mala jk pasal kitak kmk nulis. sebab apa .. KAMEK SAYANG KITAK.. ya jk la.
wassalam.. :')